Rasulullah s.a.w Sebagai Rahmat
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat"
(Riwayat Muslim)
Kesempurnaan Syafaat Rasulullah s.a.w
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat."
(Riwayat al-Bukhari dam Muslim)
-Maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana Baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan di dunia.
(Fath al-Bari)
(Fath al-Bari)
-Hadis ini menerangkan kesempurnaan syafaat Nabi s.a.w dan belas kasihan Baginda terhadap umatnya.Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka Baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat ketika itu.
(Syarah Sahih Muslim)
(Syarah Sahih Muslim)