Friday, December 24, 2010

Handphone dan aku.

Well, tadi baru lepas tengok TV series, Leverage Season 3. Best. Cerita yang kelakar dan tolong orang. haha.  Esok ada hal nak kena setel sikit, so supposedly aku tidur awal malam ni, tapi, terlajak pulak sebab tengok cerita tu.

Apa pentingnya handphone kat kamu2 semua eh?? Masing2 mestilah ada sebab kenapa memiliki handphone. Antara sebab utamanya, untuk urusan komunikasi la kan.. Itulah yang sepatutnya, tapi bagi aku, tak tahu lah. Ada handphone macam takde handphone. Oh, especially bila berada di rumah. Memang aku dan handphone bagaikan 'musuh'. Sorang kat sana, sorang kat sini. Aku kat situ, beliau kat sinun.. haha. Tambah pula dengan volume handphone ku yang rendah berbanding volume TV, memanglah akan terjadi insiden missed calls berkali2 untuk mendapatkan aku. Teruk kan? But itulah aku bila di rumah. Maaflah kepada sesiapa yang berkaitan. Aku terima komplen dari beberapa sahabatku. Ada yang cakap "Kau letak henset kau dalam peti ais ke?" "Baik tak payah pakai handphone terus" "Apasal tiap kali aku call je kau tak angkat? Apasal tiap kali kau angkat je aku tak call?"

Hoh??

Aku tahu korang geram. Aku pun geram kat diri sendiri. Tapi, nak buat macam mana, dah macam tu jadinya, tak dapek la den nak nolong. Bukan sombong ok, even kadang2 aku memang terasa sangat malas nak jawab mana2 panggilan. Kemungkinan besar waktu itu aku sedang busy, serabut pemikiran dan dalam keadaan tertekan. Dan memang 90% masa hidup aku dihabiskan dengan keserabutan fikiran. Maaflah.

Kadang2 bila handphone aku dah habis bateri pun, aku akan mengecas beliau secara lambat macam siput khinzir.

So, kalau tak dapat juga nak reach aku through a phone call, why not message me.. I'll reply you *if I got enough credit balance ;P*. Taknak pun takpe, nak buat macam mana kan. Hm, aku pun tak paham dengan diri aku.

Dan aku tak salahkan korang yang mensirappp je dengan aku. Wakaka crew...

Saturday, December 4, 2010

Ayam Masak Sup Ladna Pedasss..

slurppp...nyummy...

Wahaha.. Panjang betul tajuk lauk aku hari ni.. tak tahu nak letak nama apa, sebab baru reka resipi sup-main-campak-apa-yang-ada ni. Hari ni rasa macam nak masak sup ayam tapi versi lain dari kebiasaanku.. huahuahua.. Kenapa ada nama ladna..? kenapa pedas..? Well, itu semua sebab aku masak sup ayam tu dengan campuran tepung jagung supaya kuah tu pekat ala2 kuah ladna.. tapi takdelah terlalu pekat dan likat. Aku still menampakkan lauk tersebut sebagai sup.. huhu.. and campur bawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, serbuk kurma sikit dan beberapa batang cili padi yang dikisar. Itu yang pedas tu.. wuuuu~~~~ T_T *menangis kepedasan*. Aku gi letak cili padi dalam kuantiti yang.. ermm..well, boleh dikatakan  mencetus kepedasan dalam mulut. But, I like it! ;P Campur sedikit sos tomato dan kicap untuk menambahkan sedikit rasa masam dan manis. Tapi, tak perlu banyak sangat.. terpulang kpd citarasa sendiri. Sup ini sedap juga kalau makan dengan mee@bihun@kuew tiau. Ala2 sup untuk bihun yang campur dengan sos kicap pedas tuuu. Then, masuk taugeh, tauhu, sedikit gula,garam dannnn.. siap! 

Gambar tumbesaran::sedap letak kaki ayam.. tapi janganlah berkaki ayam semasa keluar rumah *tibe2*


 Kita kacau ye puan2 hingga pekat...





P/s: cik ainnia tak boleh makan sup ini.. pedassss.. tapi, dia kalau lapar, balun jugak.. hm..... hehe.. takpe, nanti aku masakkan versi tak pedas punyaaa.... walawehhh~~!

Thursday, December 2, 2010

Tagged!

Semalam, sewaktu aku check blog, aku terperasan ada seorang rakan baru (blogger) aku; yang berpangkat adik pada aku *hmm..adakah aku sudah tua..? oh no!* ; iaitu cik athirah telah menge'tag' aku. Wah, kira first time kot kena tag di blog.. *sangat sadis* Anyway, agak terharu biru juga sebab walaupun baru kenal, beliau sudi tag aku. hahahhaha... Thanks ye, athirah!

Ok, ini R.U.L.E nya:


"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.if i tag you,its because i want to know more about you."

25..?? T_T iskkk.. takpe, jawab je.. hehe~
Aku membuat keputusan untuk menyediakan jawapan dari A-Z

♥Anda boleh memanggil saya fizah ataupun pija
♥Berjantina perempuan ayu sejak azali 
♥Cuma meminati kaum lelaki kacak sahaja *Straighhtttt........... to the point je aku ni*
♥Duduk di depan laptop, dalam rumah, di Selangor
♥Empat::merupakan nombor giliran aku keluar dari perut ibuku
♥Famili and friends merupakan orang2 yang sangat aku sayangi
♥Gitar dan keyboard komputer/piano merupakan alat muzik yang aku minati
♥Handphone2 aku sebelum ni dan sekarang, semuanya aku warisi dari ahli keluarga yang lain, kecuali yg first sekali (truly mine..) ; a gift from my brother
♥Ingin melihat masa depan sendiri, namun, apakan daya, Tuhan tak mengizinkan
♥Judge me by my cover won't help you getting the whole picture
♥Kuala Lumpur adalah tempat kelahiranku
♥Laptop adalah ketagihanku
♥Memasak, Makan, Minum, Mandi, Menonton TV, Mendirikan solat, Mendengar lagu dan Melayan perasaan adalah rutin haru-biruku harianku
♥Ngangkung dan Rapunzel merupakan movie yang ingin sangat aku tontoni setelah berbulan-bulan tak menonton wayang
♥Otak masih 'under construction' sehingga kini *muahahhahaha*
♥Perlukan motivasi untuk diri sendiri
♥Quran merupakan bahan yang paling suci kat dunia, tapi paling jarang disentuh.. mengapa..? Fikir-fikirkan dannn selamat beramal! *ingatan utk diri sendiri*
♥Rumahku syurgaku
♥Selalu merancang dan selalu juga tak menjadi.. *hahahaha*
♥Tidur merupakan suatu kenikmatan yang paling aku nikmati
♥Ulat merupakan makhluk Allah yang menggelikan hati aku
♥Very complicated and unpredictable person
♥Wawasan aku ialah "Meneruskan hidup selagi hidup"
♥Xilinx merupakan salah satu software yang pernah aku guna pakai semasa zaman universiti dahulu kala tetapi, aku tak faham dan dah tak ingat macam mana nak guna benda alah tu
♥Y.A.K.I.N adalah satu-satu perkara yang paling aku perlukan sekarang
♥ZzZzZ..  The End!!
Ok, dah cukup 25, yang last sekali tu hiasan je.. yelah, dah janji nak cerita dari A sampai Z kan..? so, kena lah masukkan huruf Z juga.. *kuang3*

Aku kena tag lagi 25 org..? Pening... pening...
Ini senarai mereka2 yang ditagged:

dan anda2 yang sudi mencemar duli demi melawat blog ini *ceh.. bajett..*

Well, memang tak sampai 25 pun, tapi takpelah, janji ade tag org.. haha bukan wajibulghunnah pon benda alah ni.. sekadar suka-suki.. huhu.. Aku tak paksa korang buat tau, tapi, kalau boleh, buat la eh.. eh.. hehe :P *dengan niat untuk menyusahkan jari korg* hahaha...

 ::Well, terasa sangat pelik sbb sebelum ni, list blog2 yang aku follow, panjanggg... tapi check tadi, just ada 3 je.. apasal ni..?::



Related Posts with Thumbnails

Cube Fikir..??

HamsterCumiL