Monday, November 29, 2010

Bertuah nya aku... hehe~

Well, hari ni, tengah2 check blog aku, tiba-tiba aku teringat yang aku ada join 1 contest ni. Contest Pecah Tabung. Resultnya dah keluar.. tapi, bukan aku la pemenangnya, sebab jawapan aku teka tu menyimpang jauhh dari kebenarannn... hahhaha.. takpela. Nak buat macam mana, tiada rezeki orang kata.. pastu aku scroll lagi blog mama ni, rupa-rupanya aku dapat hadiah untuk entri bertuah.. yehuuuuu~~ hahaha excited first time bakal dpt hadiah dr blogger contest.. hehehe.. Thanks kpd penganjur, mama Bionic Women kerana me'Warna-warni Kehidupan'ku... ^_^

hehehehheh....


Thank you!

Wednesday, November 24, 2010

Contest Pecah Tabung

Adakah tabungku akan dipecahkan..? Mestilah....










Tak!





Tengah keboringan di pagi hari ni, aku ternampaklah satu contest utk blogger. Saja je mahu mencuba nasib - bukan tilik nasib ok!

Aku teka ada RM74.80

Betul ke tak..?


Kita lihat siapa yang kena..!



5 Kejadian Menarik.. (Kebetulan atau Takdir..?)

Pernahkah anda mengalami kejadian-kejadian yang boleh dikatakan berlaku secara kebetulan..? Di bawah ini, adalah antara kisah-kisah menarik untuk tatapan anda.
Kebetulan atau Takdir..? Fakta atau Auta..?
Wallahualam.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal!







Bayi sama, lelaki sama

"Waaa~~Why me..? Why me..??"


Di Detroit, pada 1930an, ketika seorang lelaki bernama Figlock sedang berjalan berhampiran sebuah bangunan, seorang bayi tiba-tiba terjatuh ke atas Figlock dari sebuah tingkap. Bernasib baik, kedua-duanya selamat dan tidak mengalami kecederaan. Setahun kemudian, bayi yang sama terjatuh sekali lagi dari tingkap yang sama, dan ajaibnya, ke atas lelaki yang sama iaitu Figlock ketika dia berjalan di kawasan yang sama! Dan sekali lagi, mereka berdua terselamat dari insiden itu.

Akhirnya, sampai juga peluru itu


"Nampak pistol ni..??"

Henry Ziegland mungkin menganggap dia boleh melawan takdir. Pada 1883, dia telah
memutuskan hubungannya dengan teman wanitanya, yang mengalami tekanan perasaan dan kemudian membunuh diri. Abang wanita tersebut yang berasa amat marah, telah memburu Ziegland dan menembaknya. Dia yang yakin telah berjaya membunuh Ziegland, kemudian bertindak membunuh dirinya sendiri. Namun, Ziegland tidak terbunuh. Peluru yang ditujukan kepadanya, hanya mencederakan wajahnya dan kemudian tertuju ke sebatang pokok. Beberapa tahun kemudian, entah mengapa, Ziegland membuat keputusan untuk menumbangkan pokok besar tersebut;yang masih mempunyai peluru tertanam di dalamnya. Dia meletupkan pokok itu menggunakan beberapa batang dinamit. Letupan itu telah menyebabkan peluru itu tercabut dari pokok itu dan menembusi kepala Ziegland; dan membunuhnya.

Kembar lelaki, perjalanan hidup yang serupa


"Hai kawan-kawan.. kami kembar tau"
"Botol..botol..botol"
"Hey, salah tu! Betul..betul..betul"

Sepasang kembar lelaki yang lahir di Ohio mempunyai kisah hidup yang sangat menakjubkan. Mereka telah terpisah antara satu sama lain ketika dilahirkan dan telah dijadikan sebagai anak angkat oleh keluarga yang berbeza. Tanpa mengenali antara satu sama lain, kedua-dua keluarga tersebut telah menamakan anak angkat mereka itu sebagai James. Bermula dari itu, perkara yang menarik terjadi. Kedua-dua James membesar tanpa mengenali kembar masing-masing, tetapi dalam masa yang sama, kedua-duanya menghadiri latihan penguatkuasaan undang-undang, kedua-duanya mempunyai kelebihan dalam lukisan mekanikal dan pertukangan, dan mengahwini wanita bernama Linda. Mereka berdua mempunyai anak lelaki yang dinamakan James Alan dan James Allan. Kedua-dua kembar itu juga telah menceraikan isteri masing-masing dan mengahwini wanita lain; kedua-duanya bernama Betty. Dan mereka mempunyai anjing yang mereka namakan sebagai Toy. 40 tahun selepas terpisah, kedua-dua kembar tersebut akhirnya telah bertemu kembali untuk menceritakan keajaiban kisah hidup mereka.

3 penumpang keretapi dan nama yang sama



Pada 1920an, tiga orang lelaki Inggeris telah menaiki sebuah keretapi yang sama melalui Peru. Hanya mereka bertiga yang berada di dalam keretapi tersebut. Dalam sesi perkenalan mereka, seorang di antara mereka mmpunyai nama akhir sebagai Bingham, lelaki kedua; Powell, manakala lelaki yang ketiga memberitahu nama akhirnya sebagai Bingham-Powell. Antara mereka, tidak mempunyai kaitan keluarga.

2 beradik terbunuh dalam kejadian yang sama dalam masa setahun


"Hoi, korang adik-beradik memang menyusahkan! Asyik aku je yang langgar!"

Pada tahun 1975, ketika menunggang sebuah moped (motosikal berkuasa rendah), seorang lelaki telah terbunuh akibat dilanggar oleh sebuah teksi. Setahun kemudian, abang lelaki tersebut menemui ajalnya dalam keadaan yang serupa, iaitu dengan menunggang moped yang sama, dilanggar oleh teksi yang sama, pemandu yang sama dan lebih peliknya, dengan penumpang yang sama!










Kutip dari sini.
Semua gambar bukanlah hak milik aku, ehsan dari mr.Google~

Sunday, November 21, 2010

Perak vs. Johor

Hari ini baru tiba dari kampung halamanku, di Bota Kanan, Perak... Kemudian, terus 'ting' pergi kenduri kahwin anak kepada sahabat lama ayah aku.. agak kepenatan la walaupun masa di Perak, tak tolong apa-apa pun.. hahahha :P Aku memang agak keberatan sikit untuk ikut keluarga aku pulang ke Perak. Memang liat sesangat.
Memang poyo kan? Haha. Bukan apa, aku ini dah lama tak balik Perak, rasa segan sangat2. Aku memang penyegan orangnya Ada sindrom MTB (Malu Tak Bertempat). Tapi, kira bertempatlah tu kan? Yelah, bertempat di Perak. lol.
Aku ini dah la seorang yang zero keyakinan dirinya, sampaikan nak pergi kenduri kahwin pun jadi masalah besar. Hendak jumpa saudara-mara pun susah. Hendak jumpa sahabat-sahabat lama pun susah. Apatah lagi jika bertemu strangers especially time nak interview.. fuhhhhhhhhhhhhh nervous memang tahap planet pluto la..

Planet Pluto for Planethood (ihsan Google) :: tiada kaitan ok.


"Entah apa-apa."

Mungkin itu yang kamu fikirkan.
But, kamu bukan di dalam kasutku, dan aku bukan di dalam kasutmu. Tiada pemahaman sebenar-benarnya tentang apa yang aku rasai selama ini oleh kamu, kamu dan ya, kamu!

Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, janganlah cepat kamu menghakimi aku. Sebab aku pun tak faham dengan keadaan diri aku. Satu yang aku tahu, semuanya berpunca pada ketidakpercayaan diri serta ketidakyakinan diri aku terhadap diri sendiri. Ya, itu antara punca utama yang telah berkurun lamanya menjadi sebahagian dari diri aku, atau boleh juga dikatakan, bukan sebahagian dah, tetapi sepenuhnya diri aku. Buntut  Buntu aku memikirkan jalan penyelesaiannya. Namun, tak ketemu lagi. wah2.

Walaubagaimanapun, aku telah berjaya mengharungi hari itu walaupun dgn perasaan insecure (mcm biasa la) but, hey, at least dh habis pun kenduri tu kan? who cares haha.. (oh ya, 'rendang tok' org kampung buat memang hao liao! Mereka kelakar juga! Huhu)

Well, hari ini, Ahad, kenduri kahwin Iffah yang sepatutnya aku dapat menghadirkan diri. Sangat sedih sebab tak dapat nak pergi, minta maaf sangat2 Iffah. Aku sepatutnya dapat bertemu kembali dgn teman2 seuniversiti aku.. waaaaa!!! sedih.sedih.tiada rezeki org kata.. Hm... redha saja lah. tengah menanti2 mereka meng'upload' gambar2 di sekitar majlis perkahwinan Iffah di Johor. Maaf Iffah.

Lagipun, aku excited sangat sebab inilah org pertama antara sahabat aku yang melangsungkan perkahwinan. Macam tak percaya pun ada. Haha. 

Anyway, Im really happy for her. Really do wish that their marriage will last forever until Jannah. amin.. Lagu di bawah ini kutuju khas buaat puan Iffah(wahhh dh puan dh.. haha) serta suaminya terchenta. Hayatilah. Miss u Iffah.


We’re here on this special day


Our hearts are full of pleasure

A day that brings the two of you

Close together

We’re gathered here to celebrate

A moment you’ll always treasure

We ask Allah to make your love

Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a

Like the Prophet taught us

And with one voice

Let’s all say, say, say


بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير

بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma

Wa jamaah baina kuma fee khair.

Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma

Wa jamaah baina kuma fii khair.


From now you’ll share all your chores

Through heart-ship to support each other

Together worshipping Allah

Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life

With happiness and blessings

And grants your kids who make your home

Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua

Like the Prophet taught us

And with one voice

Let’s all say, say, say


بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma

Wa jamaah baina kuma fee khair.

Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma

Wa jamaah baina kuma fii khair.


بارك الله

بارك الله لكم ولنا


الله بارك لهما

الله أدم حبهما

الله صلّي وسلّم على رسول الله


الله تب علينا

الله ارض عنا

الله اهد خطانا

على سنة نبينا


Let’s raise our hands and make Du’a

Like the Prophet taught us

And with one voice

Let’s all say, say, say


بارك الله لكما وبارك عليكما

Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma


Friday, November 19, 2010

Rindu sama ini...

Rindu sama .....

ini...


ini..


ini..


ini..


ini..


dan ramai lagi...

..........
.......
.....


erm.. xrindu aku ke?

Turun Naik...??

Emosi turun naik. Iman turun naik. Dunia tunggang terbalik. Manusia jadi pelik. Ego mula naik. Hati rasa jelik. Bila mau jadi baik?


~hati gelisah,otak resah.semua xkena~

Tuesday, November 2, 2010

Ohh..B.A.D~

Ohh.. Feel so bad for my cat, Chiki... Kesian.. Dua tiga hari ni dia dah pandai panjat pokok n ke rooftop, namun malangnya, beliau tak reti nak turun.. Gayat kot... Aku n famili aku termasuklah jiran aku kena panjat utk bawa dia turun.. Haih~~ Kenapa la kau tak jadi macam Ying.. boleh panjat and boleh turun sendiri.. Dah macam tu, terpaksa la aku buat perintah berkurung kat beliau.. duduk dalam rumah je, kalau nak berak ke kencing ke, aku kena teman dia ( supaya dia tak lari keluar dan panjat pokok). And then, by nights, aku masukkan dia straight ke dalam sangkar.. Ying pun kena tempiasnya. Tak boleh suka hati nak keluar masuk rumah macam selalu sebab aku tak buka pintu sliding door macam selalu. Aku kasihan sangat dengan Chiki. Sedih! Tengah fikir cara supaya dia dapat turun dari bumbung dengan jayanya.. Betul2 susah hati ni.. T_T Tak sanggup asyik nak suruh dia main dalam rumah je. Mesti dia tension. Aku pun. Ying aku tak kisah sangat sebab dia memang pandai berfikir sikit.. Boleh cari jalan penyelesaian.. huhu.. I FEEL SO BAD for him (Chiki). Nanti ye sayang, aku akan cuba juga cari soLutiOn untukmu~~~  Kalau lah Chiki pun faham perasaanku ini.. Ohh~~
Related Posts with Thumbnails
Blog Kita
iluvislam

HamsterCumiL