Pernahkah anda mengalami kejadian-kejadian yang boleh dikatakan berlaku secara kebetulan..? Di bawah ini, adalah antara kisah-kisah menarik untuk tatapan anda.
Kebetulan atau Takdir..? Fakta atau Auta..?
Wallahualam.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal!
Bayi sama, lelaki sama
"Waaa~~Why me..? Why me..??"
Di Detroit, pada 1930an, ketika seorang lelaki bernama Figlock sedang berjalan berhampiran sebuah bangunan, seorang bayi tiba-tiba terjatuh ke atas Figlock dari sebuah tingkap. Bernasib baik, kedua-duanya selamat dan tidak mengalami kecederaan. Setahun kemudian, bayi yang sama terjatuh sekali lagi dari tingkap yang sama, dan ajaibnya, ke atas lelaki yang sama iaitu Figlock ketika dia berjalan di kawasan yang sama! Dan sekali lagi, mereka berdua terselamat dari insiden itu.
Akhirnya, sampai juga peluru itu
"Nampak pistol ni..??"
Henry Ziegland mungkin menganggap dia boleh melawan takdir. Pada 1883, dia telah
memutuskan hubungannya dengan teman wanitanya, yang mengalami tekanan perasaan dan kemudian membunuh diri. Abang wanita tersebut yang berasa amat marah, telah memburu Ziegland dan menembaknya. Dia yang yakin telah berjaya membunuh Ziegland, kemudian bertindak membunuh dirinya sendiri. Namun, Ziegland tidak terbunuh. Peluru yang ditujukan kepadanya, hanya mencederakan wajahnya dan kemudian tertuju ke sebatang pokok. Beberapa tahun kemudian, entah mengapa, Ziegland membuat keputusan untuk menumbangkan pokok besar tersebut;yang masih mempunyai peluru tertanam di dalamnya. Dia meletupkan pokok itu menggunakan beberapa batang dinamit. Letupan itu telah menyebabkan peluru itu tercabut dari pokok itu dan menembusi kepala Ziegland; dan membunuhnya.
Kembar lelaki, perjalanan hidup yang serupa
"Hai kawan-kawan.. kami kembar tau"
"Botol..botol..botol"
"Hey, salah tu! Betul..betul..betul"
Sepasang kembar lelaki yang lahir di Ohio mempunyai kisah hidup yang sangat menakjubkan. Mereka telah terpisah antara satu sama lain ketika dilahirkan dan telah dijadikan sebagai anak angkat oleh keluarga yang berbeza. Tanpa mengenali antara satu sama lain, kedua-dua keluarga tersebut telah menamakan anak angkat mereka itu sebagai James. Bermula dari itu, perkara yang menarik terjadi. Kedua-dua James membesar tanpa mengenali kembar masing-masing, tetapi dalam masa yang sama, kedua-duanya menghadiri latihan penguatkuasaan undang-undang, kedua-duanya mempunyai kelebihan dalam lukisan mekanikal dan pertukangan, dan mengahwini wanita bernama Linda. Mereka berdua mempunyai anak lelaki yang dinamakan James Alan dan James Allan. Kedua-dua kembar itu juga telah menceraikan isteri masing-masing dan mengahwini wanita lain; kedua-duanya bernama Betty. Dan mereka mempunyai anjing yang mereka namakan sebagai Toy. 40 tahun selepas terpisah, kedua-dua kembar tersebut akhirnya telah bertemu kembali untuk menceritakan keajaiban kisah hidup mereka.
3 penumpang keretapi dan nama yang sama
Pada 1920an, tiga orang lelaki Inggeris telah menaiki sebuah keretapi yang sama melalui Peru. Hanya mereka bertiga yang berada di dalam keretapi tersebut. Dalam sesi perkenalan mereka, seorang di antara mereka mmpunyai nama akhir sebagai Bingham, lelaki kedua; Powell, manakala lelaki yang ketiga memberitahu nama akhirnya sebagai Bingham-Powell. Antara mereka, tidak mempunyai kaitan keluarga.
2 beradik terbunuh dalam kejadian yang sama dalam masa setahun
"Hoi, korang adik-beradik memang menyusahkan! Asyik aku je yang langgar!"
Pada tahun 1975, ketika menunggang sebuah moped (motosikal berkuasa rendah), seorang lelaki telah terbunuh akibat dilanggar oleh sebuah teksi. Setahun kemudian, abang lelaki tersebut menemui ajalnya dalam keadaan yang serupa, iaitu dengan menunggang moped yang sama, dilanggar oleh teksi yang sama, pemandu yang sama dan lebih peliknya, dengan penumpang yang sama!
Kutip dari sini.
Semua gambar bukanlah hak milik aku, ehsan dari mr.Google~
heheh pelik2. cam ape je yg bayi tuh!
ReplyDeletekisah pasal kembar tu paling pelik...
ReplyDeleteEmanCloud: pelik kan..? rase cm xlogik aje.. huhu
ReplyDeletesollehahn: betul3.. dari lahir sampai ke besar, same je jalan hidup dorg..pelik3