Saturday, April 11, 2009

Islam pada nama je ke??

Smalam, dlm kol 12.15 tgh, Kak Alia kat tmpat LI aku, ade wat jamuan sket, utk ape, aku xberapa pastila. Fida cakap kak Alia mengandung. Wallahualam. Ada nasi impit+bihun goreng+kuih+air. Sedapp... tapi tuk muslimah je la.. yela yg laki muslim g smayang jumaat kan.. So, sambil makan2 tu, kak Alia tanye la, nk tgk citer x? kiteorg sume xkisah la, ok gak, sambil mkn tgk citer..huhu.. Rupanya die pasang video pasal Pasca Kejatuhan DAULAH islam.
*Aku rekemenkan semua Muslimin dan Muslimat utk tonton Video ni. InsyaAllah akan menyedarkan kita yg selama ni byk terleka dgn duniawi.. untuk membantu saudara semuslim kita yg ditindas di pelosok dunia.. untuk menegakkan syiar Islam semula.. amin..

***********

Sejarah sebenar dunia Islam cuba digulingkan oleh mereka2 yg jahat. Yang ramai org xtahu sebenarnye. Kite semua dibutakan dengan propaganda dan tipu daya media dan seangkatan dengannya. hm.. Aku sedih betul tgk penindasan thadap org Islam.. tapi ada juga org bernamakan Islam tapi mengkhianati Agama Islam.. Nauzubillah. Sedangkan tgk je penindasan dan penyeksaan terhadap mereka pun sangat2 sedih, apatah lagi bagi mereka semua yg mengalami sendiri keadaan tu. Ni bukan soal agama saja, tapi kemanusiaan juga.Kenapa kita hanya merintih,kasihan,sedih, tapi xbuat apa2 untuk membantu saudara2 seIslam kita yg ditindas? Apa yang aku dah lakukan selama ini untuk membantu saudara seagamaku?? Tiada ape2.. Betapa hinanya,jahil dan zalimnya aku...~~

Hm.. post kali ni aku citerkan pasal ape dalam video tu,kronologi kejatuhan khilafah Islam.. aku quotekan ayt2 dari video tu n ade aku ulas sket.. KEPADA SESIAPA yg BACA POST NI, DAN NAK SALINAN VIDEO(43minit25saat,441MB), PLIZ INFORM KAT AKU, AKU BURNKAN DALAM CD n postkan. PERCUMA. (selagi ade rezeki dan kemampuan, InsyaALLAH) BOLEH JUGA TGK DI SINI
"Pihak Barat yg diketuai oleh Britain dan Perancis mula menjajah dunia Islam pada kurun ke-19." ----Negara Islam yg dulu sebenarnya sgt luas, mula dijatuhkan dan dikuasai mereka. Yang sedihnya, ada pemimpin yg bernamakan Islam turut bersekongkol dalam menjatuhkan Khilafah Islam.
"Pejuang kebangsaan Arab melancarkan perang terhadap Khilafah Uthmaniyyah"
Antara pengkhianatnya ialah Faisal iaitu anak lelaki Sharif Hussain di Mekah,agen Britain.
"1915:Britain memulakan penaklukan ke atas Iraq"
"Deklarasi-Balfour 1917:Britain mempersiapkan penubuhan Israel"- antara kandungannya, "His Majesty's Government view with the favour the establishment in Palestine of a national home for the jewish people"
"General Allenby(Ketua pasukan Britain) menduduki Palestin pada 11 November 1917" dengan berkata, "hari ini Perang Salib telah berakhir"
"1918:Kuasa kolonial menakluki ibu negara Khilafah, Istanbul"
"Selat Bosporus jatuh di bawah kekuasaan Britain dan Perancis"
"20 November 1922:Persidangan Lausanne bermula"
"Britain menuntut 4 perkara:
  • Sistem Khilafah mesti dihapuskan
  • Khalifah mesti dibuang negeri
  • Harta Khalifah mesti dirampas
  • Negara Turki yg baru mesti didirikan atas dasar sekular
"Mustafa Kamal mula mengeluarkan ugutan dan bertindak licik bagi memastikan semua pihak yg tidak bersetuju, menerima tuntutan Britain." ---Die ni pun pengkhianat Islam
"Setelah gagal dalam usahanya, Mustafa Kamal lalu membubarkan persidangan parlimen secara paksa"
"Selepas pemilihan baru, persidangan parlimen kedua juga tidak menerima tuntutan(British) itu, tetapi dia tetap menuruti kehendak Britain melalui konspirasi politik,secara paksa."
"Salah seorang Ahli Parlimen 'House of Commons' memprotes Lord Curzon(dalang kepada perjanjian Lausanne) dengan mempersoalkan:Kenapa Turki diberi kemerdekaan sedangkan negara Arab ditakluki?"
"Terhadap soalan ini, Lord Curzon menjawab:Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah menghancurkan kekuatan rohnya: Khilafah dan Islam" ---ape niat dieorg sbenarnya..
"Khalifah dikepung dan diusir"
"3 Mac 1924: Khilafah dihapuskan"
"Mustafa Kamal laknatullah mengisytiharkan penghapusan Khilafah di Istanbul dan Khalifah dikepung serta dibuang negeri pada hari yang sama"
"Inilah harga yang perlu dibayar kepada Britain untuk dia menjadi presiden republik Turki sekular yang baru"
Dalam ucapan die,"Pejuang-pejuang,kita harus terus bergerak dengan objektif utama kita! Kita akan teruskan rancangan kita untuk perubahan" --yela tu!
"Sistem pendidikan Barat diperkenalkan"
"Tulisan Latin diperkenalkan dan tulisan Arab dimansuhkan"
"1983: Duta A.S Joseph Clark berkata:Nama Mustafa Kamal akan terus abadi sebagai penubuh negara Turki Moden yang baru dan namanya akan terus terpahat di lembaran sejarah" --Eleh, moden la sgt..!
Mustafa Kamal pula berkata "Turki secara hakiki merupakan sebuah negara demokrasi. Saya yakin, Amerika yang telah lama melalui laluan ideal(demokrasi) ini adalah RAKAN negara Turki dan pembantunya. Bukan itu sahaja,ini mungkin akan mencipta dunia penuh kasih sayang di mana semua negara di dunia ini akan hidup dalam keamanan dan kesejahteraan" --huh! pengkhianat!mesti ko xcukup kasih sayang time kecik2 dulu. tula, kecik2 xnak m+a+m+p+o+s, besau2 menyusahkan org!

Palestin:
"November 1947: PBB mendeklarasi pemecahan Palestine"
Kata2 dari agen PBB dalam persidangan,"Tidak lewat dari 16 Mei, sebuah kerajaan sementara bagi kaum Yahudi akan mula berfungsi dengan sokongan dan bantuan dari PBB di Palestin.. Kaum Yahudi memerlukan tempat untuk mereka tuju." --Abih tu, kene gak ke rampas tanah air org lain? Ape hak mereka?? Kongsi je la tempat kat Amerika ke, Britain ke, tempat sekutu2 ko tuh..
"Harry S. Truman (U.S Presiden 1945-1953) : Adalah menjadi sikap saya, bahawa kerajaan Amerika tidak akan berdiam diri melihat mangsa keganasan Hitler tidak dibenarkan membina hidup baru.." --abih tu, kenapa mesti rakyat Palestin yg jadi mangsa? Nape xdipecahkan je negara Jerman yg dipimpin Hitler sendiri n then bagi kat Yahudi tuh??
Kemudian, di Palestin:
"1948: Israel dideklarasi dan pengusiran kaum Muslimin diperhebatkan" --time ni, video tunjuk pasal pelarian palestin,mangsa2 pembunuhan tentera,pengeboman,budak2+org2 meraung kesakitan, cedera, wajah2 ibu2 dan isteri2 yang sugul dan sedih. Sangat kesian! =(
"2000:Israel mula menggunakan senjata kimia"--time ni plak video pasal sorg budak laki mangsa senjata kimia yang meronta2 (atas katil hospital) sambil org ramai kat situ pegang n cuba tenangkan dia. Sambil meraung menangis, die cakap (translate) "I can't see anything!My entire body is killing me! Ya Allah.. Ya Allah.."
Kemudian, ade satu scene dimana wanita2 berlari menyelamatkan diri. Seorang makcik menjerit(translate) "Dimana kamu semua? Di mana kamu semua?" -- Ya! dimanakah kita semua umat ISLAM ketika mereka ditindas sebegini rupa?? Berseronok dgn keluarga.. tgk tv.. ketawa riang bersama2 teman, hingga terlupa mengenai saudara kita yg ditindas di seluruh dunia! =(
Narrator:"Al-Aqsa mengharapkan, menyeru dan memanggil kaum Muslimin.Dan anak2 di tanah Isra Rasulullah SAW dibunuh oleh kaum Yahudi, seolah2 mereka ini bagaikan serangga.. Dan mereka menyeru kepada Ummah..lindungi kami..Dan kaum wanita mencucurkan air mata mereka di Masjidil Aqsa. Mereka menjadi balu, mereka dibunuh dan kemuliaan mereka dicabuli di atas bumi mereka. Lantas apakah yang DILAKUKAN oleh kaum Muslimin?? Kaum Muslimin di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan dari kalian dari pemimpin kaum Muslimin yang khianat dan dari anak2 umat Islam yg mendakwa mereka ini merupakan para pengikut Rasulullah SAW.. lantas apakah yang dilakukan oleh umat ISLAM???Apakah yg dilakukan oleh umat ISLAM? Apakah umat ini mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah? Apakah mereka melakukan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah SAW?? Tidak sama sekali! Dan saya bertanya kepada kalian wahai kaum muslimin, saya bertanya kepada kalian.. bagaimanakah kelak kalian akan berhadapan dengan Allah SWT di hari kiamat.. Ketika kalian berdiri di hadapan ALLAH SWT yg mengetahui segala yg tersirat dan tersurat,bagaimanakah kalian akan berhadapan dengan ALLAH? Ketikamana yang bersama dengan kalian adalah seorang anak dari kaum muslimin di Palestin, dia berkata, 'Ya Allah, Ya Tuhan, Aku telah meminta pertolongan dari umat Islam.. namun umat Islam tidak menjawab panggilanku.."
="(

Algeria:
"8 Mac 1945 hingga 1963: 1.5 juta org awan dibunuh oleh tentera Perancis"
"Beginilah caranya tentera Perancis menyediakan para Muslimah untuk dirogol" --dieorg siram ngan air. Pas rogol, bunuh!(lagi teruk dari binatang!cam setan!)

Kashmir:
"1947: Pembunuhan beramai2 kaum Muslimin di Kashmir bermula"
"3370 diseksa sehingga mati"
"Hampir 100,000 dipenjara tanpa perbicaraan"
"Beribu2 wanita dirogol"--scene sorg wanita ditarik tudungnya oleh seorang tentera.
"lebih 70,000 shahid"

Bosnia(1922-1995):
"1995: Pembunuhan beramai2 di Sebrenica-8373 terbunuh"
Scene1: Pegawai tentera PBB beri pengumumuman (kpd pelarian Bosnia di kem PBB), "anda sekarang berada di bawah 'perlindungan' tentera PBB"
scene 2: Die shake hand and minum arak ngan ketua pegawai tentera Serbia
Scene 3: Askar2 dieorg tgh menari2 kegembiraan
Scene3: PBB menyerahkan kaum Muslimin kpd tentera Serbia(muke sengih2 tanpa ape2 perasaan) dan diberi hadiah saguhati oleh ketua tentera Serbia --DEM!!!

"Ratko Miadic(Ketua tentera Serbia) :Hari ini, pada 11 Julai 1995, di Sebrenica Serbia, ketika Serbia akan menyambut hari sucinya, kami menyerahkan bandar ini kepada Negara Serbia. Sebagai peringatan kepada penentangan terhadap kaum Turki..masanya sudah tiba untuk membalas dendam terhadap kaum Muslimin."
Scene1:seorg wanita sambil dipapah org ramai, "Anak-anakku,anak-anakku! Apakah yg telah Miadic lakukan terhadap anak-anakku???"
Scene 2: Seorg wanita tunduk sambil merintih, "ibumu keseorangan wahai anakku.. kau telah kehilangan abangmu dan bapamu...."(sambil mengesat air matanya)

Chechnya:
"1992: Pembunuhan beramai2 Rusia ke atas kaum Muslimin di Chechnya"

Narrator: "Dimanakah tentera kaum Muslimin? Mengapa pertolongan tentera antarabangsa yg dipinta?Dimanakah tentera Mesir?Dimanakah tentera Syria?Dimanakah tentera Jordan?Dimanakah tentera negara2 Teluk?Dimanakah tentera Yemen?Dimanakah tentera Algeria?Dimanakah tentera Indonesia?Dimanakah bom2 tentera Pakistan?..dan utk siapakah bom2 ini dihasilkan? Wahai manusia! Aku bersuara untukmu dalam kesedihan.. dengan kepiluan di dalam hatiku, aku bersuara untukmu..dan aku mengingatkanmu: Suatu hari nanti kalian akan berdiri di hadapan ALLAH SWT yg Maha Mengetahui.. Yang akan bersamamu pada hari kiamat adalah anak kecil.. yg berkata, Ya Allah, Ya Tuhanku, Umat Islam telah mengecewakan aku, umat Al-Quran telah mengecewakan aku..dan Ramadhan berlalu tanpa umat ini berbuat apa2.. Bilakah umat Islam akan bangun? Bilakah ia akan sedar akan permasalahan utamanya? Bilakah umat ini akan kembali kepada Islam? Apakah yg kalian nntikan lagi atas apa yg akan dilakukan oleh kaum kuffar? Apakah kalian menanti sehingga kaum kuffar melakukan sesuatu yg lebih buruk dari ini?Demi ALLAH, mereka telah melakukannya!!!"

Gujarat:
"2002:Ratusan Muslimah dan anak2 perempuan dirogol dan kemudian dibakar oleh kaum Hindu"

Turki:
"Pakaian Islam dihalang"-scene wanita yg pakai tudung ditahan polis. XADIL!!

Afghanistan:
"2001: AS dan kuncu2nya menceroboh Afghanistan dgn kerjasama pasukan Pakatan Utara"

Iraq (2003) :
Narrator: "Kami telah mendengar kata2 pemerintah dan ulama Iran,memberi amaran kpd Amerika agar tidak menyentuh tempat2 suci di Najaf dan Karbala.. Sungguh pelik kata2 ini, dan ISLAM apakah ini wahai pemerintah Iran??Adakah Najaf dan Karbala itu lebih mulia dari Kaabah?Tidakkah kalian ketahui bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,'Kehancuran Kaabah itu lebih kecil di sisi ALLAH berbanding pembunuhan seorang Muslim'.. Apakah batu-batan lebih mulia bg kalian berbanding darah kaum Muslimin?Islam apakah yg kalian serukan?Dan Quran apakah yg kalian imani??..atau adakah kalian membaca Al-Quran dgn pandangan Amerika?..dan memahami Islam melalui pemahaman Amerika?Atau apakah ISLAM yg kalian ikuti ini tidak mengandungi ayt ALLAH apabila ALLAH mengatakan;'Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian(ketika mereka diserang) kerana ISLAM, kalian mestilah menolong mereka'..atau apakah ISLAM yg kalian ikuti tidak mengandungi sabda Rasulullah;'Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim yg lain.Ia tidak menzaliminya,mengkhianatinya atau menyerahkannya(kpd yg menzaliminya).' Lantas, pengkhianatan apakah ini wahai pemerintah Iran?? Dan bagaimanakah kalian akan bertemu dgn ALLAH kelak??Dan apakah yg akan kalian katakan kepadaNYA? Apakah yg kalian akan katakan?? Apabila anak2 Afghanistan,Palestin dan Iraq membuat tuntutan ke atas kalian dihadapan Allah..dan kalian mendakwa bahawa kalian bersama Islam.. Wahai pemerintah Iran!Bertakwalah kpd ALLAH dan bebaskanlah diri kalian dari wahn(cinta dunia dan takutkan mati)..

Iraq:
Scene: Tentera Britain memukul & mengganasi kanak2 ats jln raya

Seorg lelaki rakyat Iraq berkata(diwawancara): "Adakah ini yg dikatakan oleh Bush sbg KEBEBASAN? Adakah ini penyelesaian demokratik Bush bg org2 Arab dan kaum Muslimin? Adakah aku harus membayar 6 nyawa utk demokrasinya? Aku tidak ingin kebebasannya, aku tidak ingin demokrasinya.. Abangku dan anak2nya terbunuh.. darah dibadanku ini adalah buktinya."

Seorang wanita rakyat Iraq berkata(diwawancara-depan sisa2 runtuhan bangunan): "Lihatlah ini!Tiadakah lagi nilai kemanusiaan?Apakah perasaan anda bila melihat ank kecil menangisi ibunya dan bapanya? Dimanakah nilai kemanusiaan kamu??Dimanakah perginya keprihatinan kamu??"

Seorang wanita tua di Iraq berkata(diwawancara): "Ya.. orang awam. Ia adalah rumah pakcik kami..Kami semua org awam. Tiada militan di sini..ALLAH akan membalas mereka yg menzalimi kami.Tiada kekuatan kecuali ALLAH. ALLAHlah sebaik2 pelindung dan satu2nya pelindung kami! Kami kehilangan 5 ahli keluarga kerana pengeboman ini..Ya ALLAH! Ya ALLAH!Ya ALLAH balaslah kejahatan mereka!!"

Narrator: "Para pemimpin pengkhianat ini mengatakan: Kami tidak dpt berbuat apa2 di hadapan Amerika. Amerika adalah negara yg kuat..bahawa ia adalah negara gergasi,sebuah superpower! Kita semua telah menyaksikan bagaimana negara seperpower ini ditundukkan di Lebanon.. apabila kaum muslimin menghancurkan markas AS. Kita semua melihat bagaimana kafir AS yg disembah oleh para pemimpin ini, telah ditundukkan di Somalia, bagaimana kaum Muslimin di Somalia memalukan AS. Sembahan ini, Hobal ini, yg disembah Mubarak.. para pemimpin ini yg takut kpd AS dan berdoa kpd AS dan mereka meminta2 kpd AS.. Mereka percaya kpd AS, bahawa AS lah yg memberi dan mengambil nyawa.. Kalian tidak mempunyai pilihan dan tidak ada tempat utk berlindung..kecuali kembali pada Al-Quran agar kekuasaan Islam dpt didirikan di bumi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH memelihara dgn kekuasaan apa yg tidak dipelihara dgn Al-Quran..Allah tidak menurunkan Quran utk hanya dibaca ke atas mereka yg sudah tidak bernyawa di antara kita,atau agar ayat2nya dijual sbg jampi, atau utk menjadi perhiasan pada dinding2 dan ruang2..Sesungguhnya ALLAH telah menurunkan Al-Quran sbg hidayah bg umat manusia..agar mereka mengambilnya, yang dengan rahmatNYA manusia akan dibebaskan dari kegelapan kpd cahaya dan melepaskan manusia dari belenggu perhambaan(sesama manusia) kpd penyembahan Tuhan manusia dan melepaskan manusia dari kesempitan hidup kpd keluasan dunia dan akhirat! Saya menyeru kpd kalian wahai saudaraku! Agar kalian bangun dan membuangkan debu2 yg sudah terlalu lama melekat di tubuh kalian dan berusaha bersama2 dgn saudara2 kalian yg bekerja keras, saudara kalian yg dipercayai, yg berusaha sedaya upaya mereka utk mengembalikan kegemilangan Islam..dgn mengembalikan Khilafah buat kali kedua melalui tariqah Rasulullah SAW,agar kalian memenuhi tanggungjwb kalian terhadap ALLAH.. maka janganlah kalian saling mengkhianati dan membohongi sesama sendiri,mintalah pertolongan ALLAH dlm tanggungjwb ini agar ALLAH mengurniakan kemuliaan kpd kalian dunia dan akhirat dan mendapat keredhaannya. Pada ketika keberadaan sbg seorg Muslim itu bermakna kalian terdedah kpd kezaliman..ketika keganasan dan Islam menjadi suatu yg sinonim..keganasan ini diperkenalkan melalui peperangan dan kekejaman yg penuh penipuan dan pembohongan..keganasan kebudayaan adalah apa yg kita alami apabila ribuan program TV menggambarkan Islam sbg ancaman bahaya ke atas tamadun manusia. Oleh itu, kita juga mempunyai tugas utk memperjelaskan kebenaran dan mendedahkan keburukan dan jenayah AS dan kuncu2nya. Contoh terbaru yg kita lihat mengenai penjara2 rahsia CIA jelas menggambarkan bahawa mereka memerlukan tmpat2 di mana penyeksaan yg paling kejam boleh dilakukan dimana seorang Muslim dipaksa utk memilih samada berdiam diri atau mengaku bersalah. Serangan2 ke atas Islam dan Negara Islam ini,wahai muslimin dan Muslimat, mengharuskan kita utk kembali kpd Al-Quran dan sunnah Rasulullah semata2..dalam pemikiran kita, pendirian kita, perlakuan kita dan tindakan kita. Apakah kalian tidak bergerak wahai umat Islam? Sampai bila.. dan akan berdiri Khilafah di atas jalan kenabian..

************

Kata2 dari Dick Cheney(Timbalan Presiden AS): "Mereka berbicara tentang menegakkan semula apa yang boleh kita gambarkan Khilafah Abad ke 7, yang diperintah dgn hukum syara', interpretasi(interpretation) Al-Quran yg tegar."

Charles Clark(Mantan setiausaha UK)6 Oct 05:" Tidak boleh ada perundingan mengenai penegakkan semula khilafah. Dan tidak boleh ada perundingan langsung dlm usaha menerapkan hukum syara' "

Eric Edelman(Pembantu Setiausaha Pertahanan AS) 6 Oct 06: " Masa depan Iraq samada akan dikuasai oleh pengganas yg akan mengembangkan sayap mereka dan kemungkinan bagi mereka menegakkan Khilafah atau mereka akan dihancurkan. Bagi kita, kegagalan di Iraq tidak boleh dijadikan pilihan."

John Abizaid(Komando AS di Timur Tengah): "Mereka akan cuba untuk menegakkan semula Khilafah bagi seluruh Dunia Islam,kita perlu belajar apa yg mereka ingin lakukan dari mulut2 mereka sendiri"

Bush: "Para militan percaya dgn mengawal suatu negara atau kawasan mereka akan dapat menyatukan kaum muslimin, membolehkan mereka menggulingkan semua kerajaan moderat di kawasan tersebut dan menubuhkan sebuah empayar Islam radikal yg meliputi kawasan dari Sepanyol hingga ke Indonesia. Mereka cuba untuk mengambil alih kerajaan-kerajaan dari Amerika Utara ke Asia Selatan dan mendirikan semula Khilafah yg mereka harapkan suatu hari nanti akan meliputi seluruh dunia. Mereka telah merancang dan mengedarkan peta dan menggantikannya dgn sebuah empayar ekstrimis global." --banyaklah ko! Islam xpernah pun nak gugat hidup ko.. Ko je yg rase tergugat dgn agama Islam.Dah elok2 negara Islam xkacau pun orang, ko pergi serang. Ko yang mulakan peperangan, bukan orang Islam. Pengganas sebenar adelah ko Bush laknatullah!

Diakhir2 video, diperlihatkan perarakan Seruan Hizbut Tahrir kepada umat di seluruh dunia,
Jordan, Malaysia,Denmark,Palestin,Turkey,Indonesia,Bangladesh,Lebanon, Istanbul,Pakistan,UK dan lain2.

"Kami katakan kpd AS: Daging kaum Muslimin tidak empuk, kaum muslimin bukan 'red indian', Amerika wajib mengetahui sekiranya mereka masih boleh mengambil pengajaran, maka ,mereka harus mengambil pengajaran dari penentangan kaum Muslimin di Jenin dan di seluruh Palestin dgn keinginan mereka utk mencapai syahadah,yg mengalir dlm jiwa kaum Muslimin. Begitu juga kaum Muslimin di Chechnya dan Afghanistan. AS juga harus mengetahui apa yg telah mereka alami di Fallujah. Ia adalah merupakan permulaan bg kejatuhan mereka; kejatuhan takhta mereka, kezaliman mereka,kekejaman mereka,korupsi dan sikap megalomania mereka..
Wahai kaum muslimin, Allah telah memerintah kita melakukan yg terbaik utk mengubah keadaan dunia Islam di mana kita menyatukan diri kita, membebaskan diri kita dan menerapkan Deen ALLAH, inilah yg diperintahkan oleh iman kita, dan inilah yg dituntut oleh syahadah kita, oleh itu kami memanggil kalian kepada tugas yg mulia ini untuk menyokong Deen Allah.
Allah berfirman, 'Wahai orang2 yg beriman, janganlah kalian mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan janganlah kalian mengkhianati amanah kalian sedangkan kalian mengetahui. Khalifahlah yg akan menghantar bala tenteranya setiap kali seorang Muslimah menjerit kerana kemuliaannya dicabuli, Khalifahlah yg akan menghantar bala tenteranya setiap kali emosi kita tergerak akibat dari penyerangan ke atas saudara2 kita. Khalifahlah yg akan membebaskan kawasan yg terjajah dan membawa Islam utk seluruh umat manusia, dengan izin ALLAH SWT.
Wahai kaum muslimin, berusahalah utk ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kalian.
ALLAH SWT berfirman; 'Sekiranya kalian menyokong (jalan) Allah pasti ALLAH akan membantu kalian dan meneguhkan kaki2 kalian.'
Wahai kaum muslimin, kalian adalah umat yg terkuat kerana aqidah kalian. Kalian adalah umat terkuat kerana sistem2 kalian,kalian adalah umat terkuat kerana kedudukan strategik kalian. Kalian adalah umat yg terkuat kerana bilangan kalian.
Demi ALLAH, apa yg kalian perlukan hanyalah pemerintah yg ikhlas, taat serta mempunyai kesedaran politik yg tinggi.. dan kalian akan melihat bahawa ALLAH SWT mengatakan yg Haq di dalam firmanNya; 'Kemuliaan adalah di sisi ALLAH dan RasulNYA serta kaum muslimin namun kaum munafik tidak mengetahuinya'.
ALLAH juga berfirman; 'Wahai orang2 yg beriman, sambutlah panggilan ALLAH dan RasulNya ketika Dia menyeru kamu kepada sesuatu yg memberikan kehidupan kepada kamu' ~~

Wallahualam~

2 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Kita
iluvislam

HamsterCumiL