Datuk Seri Najib secara rasminya dah pun menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada 6 April 2009. Tahniah diucapkan. Beliau menggantikan PM ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih popular ngan gelaran Pak Lah. Sebenarnye, aku nih bukanlah seorang yang taksub kpd mana2 parti. Dulu2 memangla, sokong parti tu, sokong parti ni. Tapi sekarang tak lagi. Bagi aku, semua sama je. Yang penting sekarang aku akan sokong mana2 parti yang dapat menjamin keamanan negara, ekonomi negara dan especially PERPADUAN negara. Dah makin teruk keadaan negara kita ni. Banyak sangat corrupt. Bukan nak kutuk negara sendiri. Ini apa yang aku rasa, lihat dan dengar. Kite ni sedar ke x?? Wake up!!
Aku sayangkan negara aku,MALAYSIA, sebab tu aku cakap cam tu. Aku sangat risau kalau2 negara ni makin corrupt. Nauzubillah. Tu sebab aku sangat berharap yang sesiapa pun menjadi pemimpin kita, akan dapat lead negara dengan lebih baik. Ambil pengajaran dan teladan dari pemimpin2 terdahulu. Jadikan iktibar setiap peristiwa yg pernah berlaku di negara kita. Jadikan setiap peristiwa putih sebagai perangsang untuk kita lebih membangun dan jadikan peristiwa hitam sebagai peringatan kepada kita agar tidak berulang lagi di masa hadapan. Cakap je xguna kan? So, harap Pak Najib akan cuba la sedaya upaya untuk memulihkan negara kita. Mintalah pendapat mereka yang berpengalaman (cam Tun Mahathir ke) untuk plan negara. Aku dah naik muak bila tengok berita, baca suratkhabar, semua pasal politik yg hampeh dan xmembina langsung. Kutuk sana, kutuk sini, janji sana, janji sini, tapi, habuk pun takde. Macam syok sendiri je dieorang sume, cam nak cari publisiti murahan je.. (oppss..) Cubalah berbincang untuk kebajikan RAKYAT, bukannya untuk ideologi masing2 yg xbetol. Pastu mulalah gaduh cam budak2 tadika. Gaduh mulut la.. seb bek takde yang men tarik2 rambut ke, seb bek jugak xde yang menangis lari balik rumah cari mak sbb gaduh.
ish3.. Kalau aku gaduh ngan adik aku camtu, xpela, xefek negara pun.
If they still behaving like this(xkiralah kerajaan o pembangkang), aku rasa rakyat yang akan ambil alih tampuk pemerintahan. Ha, baru padan muka! Apa2 pun, Pak Najib kenalah baiki semula UMNO dan BN yang hampir2 hancur tu, hapuskan politik wang dan mereka2 yg gila kuasa. Step ni amat penting untuk menang semula hati dan kepercayaan rakyat terhadap BN. Sebenarnya, xkira la kita sokong siapa pun,tapi aku dapat rasakan yang majoriti rakyat amat risau dgn keadaan BN jika berterusan begini. Yela, dah berapa puluh tahun BN diberi kepercayaan untuk menjaga kebajikan dan keamanan rakyat? Kepercayaan yang dibina berpuluh tahunnya sejak merdeka, hancur begitu saja. Sapela yang xrisau. Macam mana tu??
Anyway,Hope the glory will shine soon ye, Pak Najib.
Nasib rakyat di tangan anda dan ahli kabinet yg anda bakal umum (esok kot). Cant wait to hear good news! Gutlak to u and congratulation!
"If you're going to talk the talk, you've got to walk the walk"
PEMBERSIHAN HANDPHONE MEMORY-EPISODE CARSEM S SITE
10 years ago
No comments:
Post a Comment