Monday, March 8, 2010

P.E.R.G.I

Hm.. dah nak kol 11.. tapi kerja xjalan2 lagi.. Pija, tolong jangan suka menangguh kerja okeh. Baikkkk..... haha bermonolog dengan diri sendiri macam org tak betol je. Jari aku ni asyik nak tekat punat keyboard, mata aku pulak asyik nak menatap skrin laptop.. so, adakah itu salah aku yang innocent ni..? ;P
 ecececewah~ byk pula alasan aku ye.. huahuahua.. Well, before aku nak proceed ke kerja PSM aku yang tertangguh tu, I would like (cewah~) to berkongsi cerita, pendapat dan apa yang aku rasa.. 
Baiklah murid2.. huhu..

Tadi lepak2 jap ngan kawan ku, tengah bergurau senda, tiba2 dia macam nak cerita sumting.. "Pija, tadi kan.." tapi percakapan dia terhenti sampai situ je. Dia senyum2 sengih gitu. 

Aku kata, "Nape2..?" *ala2 minah gosip gitu, kot2 ade cerita2 panazzz.. ahaks!* Dia geleng2 je.. "Takde pape la" sambil senyum lagi. Aku naik geram. Yelah, aku pantang sikit kalau org nak cerita tapi tetiba je berhenti n tamau cerita (poyo je aku!haha..) Lepas tu kawan aku tu cuba kunun2 untuk menukar topik. 
Tapi, dengan aku, jangan harapla kau dapat tukar topik!
*kejam* 

Last2, die cakap, "Takde pape. Cuma tadi ada kwn aku post lirik lagu "Oh ibu"  kat facebook. Pastu kan, aku baca tu, aku teringat kat arwah mak aku. " Dia terangkan kat aku sambil senyum2.
Aku terdiam.
Tatau nak cakap ape. Aku tengok muka dia. Tu je mampu aku buat. Tapi, tamau menimbulkan suasana yang mendung macam hujan, aku senyum je la. Kami berborak la mengenai arwah ibunya. Pastu aku katalah, "Aku respek kat kau la, kau tak pernah nak tunjuk kau sedih, walaupun kat hati takde sape tahu kan.."
Dia kata, "Ade la.. pernah sekali aku cerita kat ****, sambil nangis2 lagi, sebab masa tu aku tensen pasal PSM. Selalunya boleh telefon mak aku bila aku tensen, walaupun dengar suara kejap je tapi aku lega. Tapi.."

 Dia tak sambung pun ayat tu, tapi aku paham. Sekarang dia dah tak dapat nak buat macam tu lagi, tak dapat nak call mak dia macam selalu. Aku sedih. Tapi diam n senyum je. Aku mengiyakan kata2 dia tapi aku tak tahu macam mana nak mengeluarkan ayat2 yang boleh sedapkan hati dia. 

Maaf. 

Dia kata, kalau depan adik-beradik dia pun dia tak tunjuk sedih walaupun sebenarnya sedih. Yela, kalau sorang sedih, mesti semua sedih kan. 

Kadang2 kita terpaksa hipokrit tentang perasaan. 

Dia selalu jugak tidur dengan arwah maknya dulu. Even sekarang pun, dia tidur dalam bilik mak dia. Cuma posisi katil diubah sedikit, supaya dia tak terlalu sedih dan teringatkan arwah maknya. Aku tak dapat bayangkan perasaan dia, yang kehilangan mak tersayang di usia begini.
Bayangkan, tanpa sempat melihat kita menggengam segulung ijazah, tanpa sempat melihat detik-detik perkahwinan kita, tanpa sempat melihat kelahiran zuriat kita.. hmm..

Walaupun perangai kawan aku ni, selalu saja sengal, kelakar macam kartun, dan kadang2 suka membebel, selalu ceria, tapi dalam hati dia, perasaan dia, hanya dia dan ALLAH je yang tahu. 
Aku tak tahulah jika perkara ni berlaku kat aku, dapatkah aku menjadi setabah dia..? setabah orang2 lain yang turut merasai kehilangan orang2 tersayang..? Yang lebih teruk penderitaan mereka..? 

Sambil dia bercerita tu, aku tahu dia sedih. Aku nampak matanya bergenang.

"Ya Allah, kuatkan lah hati kami, supaya sentiasa di jalanMu, walau apa pun yang berlaku, walau apa pun yang menimpa diri dan hati ini. Kau kuatkanlah keyakinan kami kepadaMu. Dan Ampunilah dosa-dosa kami Wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Mengetahui segala sesuatu"

Maaf, aku tak dapat nak comfort kan hati kau sebab aku tak tahu apa yang boleh diperkatakan. Bimbang tidak membantu langsung. Tapi kalau kau baca post ni, aku tujukan ayat bawah ni yang terlintas di kepala aku tadi :


"Jika kita merasakan penderitaan yg kita alami adalah sangat hebat, ingatlah ada orang lain yang lebih menderita, sama ada secara luaran atau dalamannya..Aku tahu dan aku mengerti, walaupun terukir senyuman di wajahmu, namun air matamu bergenang. Perasaan yang kau tanggung di dalam hati, hanya Allah yang tahu. Bersabarlah wahai sahabatku."


Okla, taknak cerita banyak2, takut si empunye badan marah pulak. :)

MeHeadBox: Pija, jangan asyik ingat kau saja yang menderita. Ramai lagi yang berat deritanya jika nak dibandingkan dengan apa kau alami.

MeHeartBox: Hargailah mereka yang kau sayang, coz once they're gone, your whole world will gone.  Jadilah kau anak yang solehah dan berbakti kepada ibu bapamu selagi termampu. Jangan berhenti berdoa walaupun mereka tiada suatu hari nanti.





P/s: kepada sesiapa yang tahu aku cakap pasal sape ni, tlg jgn statekan nama dia. Sebab dia tatau aku post kat sini. Harapnye kau tak marahla ye, kau tak cakap pun ni rahsia tadi..huhu. 

9 comments:

  1. Insan yang banyak bersabar pasti akan mendapat balasanNya InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. ain: sedih betol2 x..? aku sedih gak :(

    billet: amin.. insyaAllah

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya pun sama..sedih..nak bayangkan pun tak sanggup apatah lagi mengalaminya..

    ReplyDelete
  5. semoga semua org tersyg yang telah kembali kpdNya ditmptkn dikalangn para solihin..sume yg belaku mbuatkn diri kite lbh kuat utk mghdpi hari akn dtg..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Cube Fikir..??

HamsterCumiL