Tuesday, March 31, 2009

Trust or Being Trusted...?

Hm.. aku selalu tertanya2 why must we trust in someone and why somebody must trust in us? Well, pada aku, salah satu sebabnya, ialah Allah nak tunjukkan yang rasa percaya tu memang wujud.. yela, kalau perasaan percaya tu tak diwujudkan langsung dalam diri seseorang pun kat dunia ni, of course la xkan ade orang yang yakin Tuhan tu wujud kan? then mestilah dunia nih x aman langsung. yela, bila xpercaya, kite akan slalu syak wasangka, busuk hati kat orang lain and kita xkan hidup berlandaskan undang-undang Tuhan.. itulah pentingnya sikap percaya kpd sesuatu. Haha, stereotaip sungguh ayat aku ni kan? tapi, ada benarnya, berdasarkan pengalaman aku, dan orang disekeliling aku, sebenarnya perasaan 100% trust to someone adalah sangat tidak releven dan xpatut. Xkira lah, dalam apa jua perbuatan kita, nilai 100% itu hanya lah untuk Tuhan sekalian alam, ALLAH s.w.t. Why? Coz Dia saja lah yang paling kita boleh percaya tanpa ada rasa ragu, kerana semua janji2 yang Dia janjikan sudah tentu, telah, sedang dan akan ditunaikan tanpa ada sedikit pun penangguhan,perubahan atau penipuan.. macam manusia, kadang2 orang itulah yang kita percaya dulu, x semestinya kita boleh percaya kini dan masa akan datang dan orang ini yang kita xpercaya kini x semestinya x boleh dipercayai pada masa hadapan. Kenapa aku cakap macam tu ye? Sebabnya manusia ni boleh berubah2, tak terjamin perangai dan janji kita kepada orang atau janji orang kepada kita.

Aku tak maksudkan yang janji atau percaya yg x tertunaikan disebabkan oleh masalah2 yg xdapat dielakkan, yela, kita hanya merancang Tuhan yg menentukan, tapi maksud aku, secara spesifiknya, adalah kepercayaan atau janji yang xtertunaikan oleh kerana sikap manusia itu sendiri, SENGAJA mahu mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberi. Aku mengaku, kadang2 aku terlalu mempercayai orang itu dan orang ini. Pernah juga aku menghampakan kepercayaan org terhadap aku. Tetapi, Tuhan seperti nak tunjukkan kat aku yg org aku percaya itu adalah manusia dan aku juga manusia.. Manusia biasa yg punya kelemahan dan xperlu diagung2kan sebegitu rupa. Tuhan seperti mahu aku sedar yang terlalu percaya seseorang juga boleh memesongkan aqidah tanpa aku sedar. Bukan ajaran sesat saja satu2nya sebab yang berpotensi memesongkan aqidah kita, tapi banyak sebab lain juga if kita teliti betul2. Tuhan bagaikan memberi isyarat kepada aku,untuk menyedarkan aku yang selama ini bermimpi, bahawa kita hanya perlu percaya kepada Dia 100%, bukan pada org lain yang belum tentu menjamin kepercayaan kita tu. Bukan maksud aku kita xboleh langsung percaya kat janji atau kata2 manusia, cuma jgn percaya sepenuhnya atau terlalu mengharap sangat pada kata2 mereka. Kata2 mereka betul belaka, janji2 mereka semuanya boleh pakai.. TAK! Kita hanya perlu percaya sekadarnya shj. Sekadarnya tu macam mana?Berapa? 10%?20%? 40%? --Entah, aku xtahu berapakah nilainya ukuran percaya yg patut kita letak kepada orang lain dan berapa nilai yg perlu org lain letak kepada kita. Pokok pangkalnya, bila diri kita dah tertanamkan sifat percaya dan bergantung sepenuhnya pada Pencipta kita, barulah kita dapat tahu bagaimana utk percaya pada seseorang itu sekadarnya sahaja. Kadang2 kita percaya pada seseorang tu disebabkan luarannya, disebabkan dalamannya, disebabkan dia keluarga kita, dia kawan kita, dia saudara kita,dia suami kita, dia isteri kita, dia pakwe kita, dia awek kita, atau dia orang berpengaruh. Namun, adakah faktor2 itu membolehkan kita trust 100-200% kepada mereka? Tidak bagi aku. Sebab kita semua hanya manusia, makhluk ciptaanNya yang tidak mempunyai apa2 kuasa mutlak pun untuk menjamin sesuatu. Apa2 pun kita perlu kembali merenung dalam diri kita sebenarnya, apakah kita percaya sepenuhnya pada Tuhan yang mencipta kita? Ya, aku tahu, kebanyakkan kita PERCAYA Allah itu ada, PERCAYA Allah yg mencipta sesuatu, PERCAYA Allah menjadikan sesuatu yg berhikmah, PERCAYA pada undang2NYA yg memberi kesejahteraan dunia akhirat, PERCAYA pada kalam ALLAH, tapi adakah kita benar2 dan betul2 PERCAYA? atau sebenarnya kita terpaksa percaya sebab bernamakan ISLAM? Tepuk dada tanya selera. Jika kita renung sedalam-dalamnya diri kita, sebenarnya kepercayaan kepada Tuhan yg Esa masih belum kukuh dan kita masih bersikap sceptical terhadap agama sendiri.

Pelik.Sedar atau x, kadangkala, kita lebih percayakan manusia itu sendiri berbanding Dia, yang xpernah sekalipun mengkhianati kita walau sesaat dan tak pernah sekalipun Dia meminta balasan melainkan kita hanya perlu menurut sahaja perintahNYA. Itu pun memberi kebaikan untuk diri kita sendiri dan bukan sebaliknya. Tapi kenapa kita sangat susah nak percayakanNya? Susah sangat kah untuk kita mengikut titian peraturanNYA..?? Kenapa perkara macam ini boleh berlaku? Aku seringkali bertanya soalan2 begini pada diri aku sendiri yg banyak kelemahan ini. Renung2kanlah. Semoga pintu taubat masih terbuka utk kita semua. InsyaALLAH.

PERCAYA pada MANUSIA menyakitkan, PERCAYA pada ALLAH meyakinkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Cube Fikir..??

HamsterCumiL