Wednesday, November 25, 2009

'Ter'lupa.

Lumrah manusia.

Bila bergembira, ada yang dilupakan (mungkin terlupa..?). Ada yang diabaikan. Bila bersedih, kesunyian dan sewaktu dengannya, barulah nak ingat dan nak cari orang yang dilupakan itu.

Hati sakit.

Walaupun pada pandangan mata kita, perkara sebegini tak sepatutnya diperbesarkan, tapi adakah kita faham kenapa orang yang di'ter'lupakan itu sakit hati bila diperlakukan begitu? Pernahkah kita cuba untuk menyelami perasaan dia atau bahasa omputihnye, try to walk in his/her shoes..? Kadang2 perkara yang dianggap remeh itulah merupakan kesilapan terbesar yang kita lakukan. Tanpa kita sedar. Mungkin juga sedar2 ayam (ade ke??). Bagi aku, hati yang terluka seperti ini merupakan kesakitan yang mengambil masa teramat lama untuk sembuh (even diberikan painkiller!). Tidak perlukan perhatian atau layanan yang lebih, mereka seperti ini cuma mahukan satu perkara sahaja, jika tak diperlukan, janganlah dicari lagi. Tinggalkan terus (walaupun amat perit).

Even aku pun tak terlepas dari melakukan kesilapan begini. Kepada sesiapa yang aku kenali, maafkan aku jika aku pernah melukai hati kalian seperti ini. Maafkan aku.

Mungkinkah aku jadi begini kerana pernah diperlakukan begitu?
Mungkin.
Entah.

MeHeadBox: Cuba berdiri atas kaki sendiri. Kaki orang lain xseswai.

MeHeartBox: ~Pelangi di luar, hujan di dalam.~




blogger-emoticon.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Blog Kita
iluvislam

HamsterCumiL